Sunday, 20 October 2013

List Keperluan Baby Newborn :)

Baby [PAKAIAN]

1- Baju harian @ siang-baju seluar pendek & lengan pendek..baju lubang2 & singlet juga
2- Baju malam @ tidur-baju malam selalunya beli lengan panjang & seluar panjang
3- Romper & Jumpsuit
4- Baju jalan2
5- Mittens & Booties-yang ni lau boleh beli lebih sikit sebab baby baru lahir ni kena pakai byk sarung tangan gan stokin kaki.
6- Bonnet @ topi
7- Sapu Tangan-beli yg 100% cotton supaya kulit baby tk melecet..
8- Bib-mula2 rasa macam tkmau beli..tapi tgo ada baby yang minum pakai botol & susu meleleh2 kena baju..jadi terus rasa tu salah satu keperluan..
9- Barut-yang ni penting untuk baby.
10- Bedung-haaa yang ni mesti banyak gilaaaa beli..haha..tktaulah napa..maybe sebab rasa comel sangat..Harap2 nanti baby mau laa kena bedung.

Diapering

1- Napkin-dh tebeli sebenarnya brand Pureen.beli 1 pack jerr..lau guna pun mungkin untuk bedungkan baby atau sebagai backup.
2- Diapers @ Lampin pakai buang-setakat ni survey2 ramai yg suggestkan beli brand Mamy Poko atau Pet-Pet..Ramai yg cadangkan beli lebih sikit sebab baby awal2 lahir banyak kali "poopoo"..hehe..Tunggu masa ekspo baby nantilah pg borong..murah sikit.
3- Wet Tissue
4- Changing mat-untuk lapik di tilam baby supaya tilam tk mudah kotor bila baby u'uk atau tiba2 tekencing masa buka baju dia.
5- Baldi & bakul untuk Lampin/baju kotor
6- Detergent khas pencuci baju


Baby Care & Grooming

1- Bedak Bayi
2- Losyen Bayi
3- Minyak Bayi (Baby Oil)-jenama Johnson&Johnson.
4- Putik Kapas (Cotton Bud)
5- Pengepit Kuku (Nail Clipper)-beli khas kecik tuk baby..
6- Minyak Telon-mau beli minyak yuu yee sebelum ni..tapi ada dengar minyak tu tk halal..bila kita was was kita tk blh guna..jadi mau cari minyak telon pula
7- Cotton ball
8- Nappy Cream-beli kalau2 montot baby nanti tk sesuai pakai diapers dan tumbuh ruam

Nursering [Keperluan Tidur Baby]

1- Set Tilam
2- Baby Cot-tk beli lagi sebab suami cakap bulan 3 baru beli.Yeayyy!dh survey and dh ada yang bekenan di hati :'D
3- Kelambu mosquito net


Feeding

1- Botol & puting susu saiz S-maybe akan beli jenis Tommee Tippee..
2- Bottle Sterilizer
3- Berus Pembersih Botol
4- Penyepit Botol
5- Nipple Cream
6- Nursing Pad Washable
7- Nursing Pad Disposal
8- Breast Pump
-belum beli lagi.Plan mau beli dekat ekspo baby nanti.Dalam hati dh beniat awal2 mau beli jenis Medela Freestyle..puas berperang gan suami sebab dia cakap mahal sangat.haha.Tapi takpa,masih dalam proses menggoda dia supaya beli jugakk.Tak kira,tak kira ;)
9- Cooler set bag [Storage Bottle dan Ice gel]
10- Nursing Pillow-yang ni dh beli masa kandungan awal haritu sebab keperluan tiap2 malam tido lapik bawah perut gan bahagian pinggang..So nanti baby dh keluar boleh lh guna balik time breastfeed baby.
11- Nursing Bra
12- Termos

Travels

1- Beg Baby
2- Baby Warmer for Bottle-warmer ni penting tuk cairkan storage susu yang sejuk beku baru keluar dari peti ais..ada orang suka rendam pakai air suam..
3- Baby carier

4- Stroller-maybe akan beli selepas bersalin nanti.
5- Nursing cover-senang kalau kena BF di public.boleh cover.
6- Car seat 

Bathing

1 Tuala baby
2 Besen Mandi Bath Tub
3 Toiletries set

Keperluan Berpantang

1 Set jamu
2 Tungku
3 Tuam/tungku baby
4 Baju sejuk
5 Kain batik
6 Stokin
7 Nursing bra
8 Maternity Pad
9 Tuala mandi
10 Breast pad
11 Tukang urut
12 Bengkung
13 Air Zam-zam / selusuh

Extra

1 Penyangkut Baju Berklip
2 Mainan baby
3 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
4 Hanger
5 Almari laci baby-untuk pakaian dan keperluan baby..





Apa yang perlu disumbat dalam bag nanti?
Semua refer dalam internet hospital checklist..hehe..
 Bawa ni :
  • 5 keping pampers newborn
  • 5 pasang baju bayi (ikut orang laa nak bawa berapa helai)
  • 1 paket baby wipes / wet tissue
  • 1 helai towel mandi
  • Stokin & sarung tangan baby (bawa lebih sebab geram mau main tukar2 nanti..hihi)
  • Barut baby
  • Bedung baby
  • 1 botol minyak telon
  • Surah Yasin  

 Ya Allah..peliharalah anak ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia..Engkau yang menyembuhkan..tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu..Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit..
Ya Allah..rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu..
Ya Allah..keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat..Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai alim dan beramal..
Ya Allah..panjangkanlah umurnya..sihatkanlah badannya..baikkanlah akhlaknya..fasihkanlah lisannya..baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam :')

Assalamualaikum :)

Tuesday, 15 October 2013

Saturday, 8 June 2013

Kelebihan Ibu Hamil / Kelebihan Ibu Mengandung :)

  1. Dikatakan bahawa wanita hamil yang melahirkan anaknya akan mendapat pahala solat dan puasa selama 70 tahun.Manakala bagi setiap kesakitan yang dialaminya pada satu uratnya  Allah S.w.t akan kurniakan satu pahala haji.
  2. Apabila seseorang wanita selesai bersalin maka terhapuslah dosa-dosanya dan dia akan seperti ketika ibunya melahirkannya dahulu.
  3. Jika seseorang wanita hamil itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas dia bersalin maka matinya dikira sebagai mati syahid.
  4. Sekiranya seseorang wanita itu menyusukan anaknya sendiri sehingga cukup tempoh iaitu selama 2 setengah tahun maka malaikat di langit akan mengkhabarkan akan berita gembira iaitu syurga adalah wajib bagi ibu tersebut.
  5. Sekiranya seseorang wanita itu menyusukan anaknya yang sedang menangis,maka Allah S.w.t akan memberikannya pahala untuk satu tahun solat dan puasa.
  6. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
  7. Apabila seorang wanita hamil,para malaikat akan beristighfar untuknya.Allah S.w.t akan menganugerahkan 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kejahatannya setiap hari.
  8. Solat 2 rakaat seorang ibu yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita biasa yang tidak hamil.
  9. Apabila seorang wanita itu mulai sakit hendak melahirkan anak,maka Allah S.w.t akan mencatatkan untuknya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
Kepada semua yang bergelar suami,hargai isteri anda yang sedang hamil dan layanlah isteri anda sebaik mungkin :)

Friday, 5 April 2013