- Dikatakan bahawa wanita hamil yang melahirkan anaknya akan mendapat pahala solat dan puasa selama 70 tahun.Manakala bagi setiap kesakitan yang dialaminya pada satu uratnya Allah S.w.t akan kurniakan satu pahala haji.
- Apabila seseorang wanita selesai bersalin maka terhapuslah dosa-dosanya dan dia akan seperti ketika ibunya melahirkannya dahulu.
- Jika seseorang wanita hamil itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas dia bersalin maka matinya dikira sebagai mati syahid.
- Sekiranya seseorang wanita itu menyusukan anaknya sendiri sehingga cukup tempoh iaitu selama 2 setengah tahun maka malaikat di langit akan mengkhabarkan akan berita gembira iaitu syurga adalah wajib bagi ibu tersebut.
- Sekiranya seseorang wanita itu menyusukan anaknya yang sedang menangis,maka Allah S.w.t akan memberikannya pahala untuk satu tahun solat dan puasa.
- Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
- Apabila seorang wanita hamil,para malaikat akan beristighfar untuknya.Allah S.w.t akan menganugerahkan 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kejahatannya setiap hari.
- Solat 2 rakaat seorang ibu yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita biasa yang tidak hamil.
- Apabila seorang wanita itu mulai sakit hendak melahirkan anak,maka Allah S.w.t akan mencatatkan untuknya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
Kepada semua yang bergelar suami,hargai isteri anda yang sedang hamil dan layanlah isteri anda sebaik mungkin :)
No comments:
Post a Comment