Thursday, 29 March 2012

Candy Buffet














So Sweet :)
Harap2 Satu Masa Nanti Aku Berpeluang Mengusahakan Ni..
Insyaallah Aminn3

Pic2 Diambik Dari --> Kak Irine ;)

Tuesday, 27 March 2012

Kerana Ego Aku Menyesal

Dia terlalu sayangkan aku.Itu yang aku sangat pasti.Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia takkan meninggalkan aku.Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku.Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk.Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri.Sebarang perselisihan,dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.
Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah.Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan.Nak pimpin tangan pun tak boleh.Apatah lagi nak peluk.Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja.Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan.Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang.Tapi aku?Bila aku cakap macam tu,dia cuma senyum dan cakap pada aku,“Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak…Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…"
Yang nyata,aku langsung tak setuju jawapan dia tu.Aku tengok pasangan lain bahagia,sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang.Tapi aku?Jangan harap.Balik-balik jawapan yang sama.Tunggu lepas kahwin.Aku bosan tahu tak!Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi.Aku minta kami berpisah.Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.
“Mungkin kita tak ada jodoh.Awak lelaki yang baik.Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik.Saya nak awak janji dengan saya satu benda,untuk kali terakhir.Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia,hargai perempuan tu.Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak,terima awak seadanya,hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak.Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”tu kata-kata terakhir dia untuk aku.Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh!Tak habis-habis nak tunjuk mulia.Bosanlah dengan perempuan macam ni.Malas aku menghadap dia lama-lama.Cepat-cepat aku nak blah dari situ.Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan.Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta.Dia selamatkan aku!Lelaki yang dah menyakitinya!Darah membuak-buak keluar dari kepalanya.Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut.Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala.Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama.Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis.Mungkin ibu dia.Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku.Rasa bersalah menimpa aku.Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku.Aku berdoa semoga dia selamat.Semoga aku sempat meminta maaf.Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku.Dia sangat baik.Aku tak mahu kehilangan dia.Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan selesai.Dia berada di dalam ICU.Dia koma,tapi doktor kata dia masih mampu mendengar.Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku.Kawannya menghulurkan sesuatu.“Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,”hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku.Kawannya terus berlalu selepas itu.Pandangan kawannya pada aku penuh benci.Tahukah kawan dia tentang kejadian sebenar?Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia.Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan itu.Pasti hadiah untuk hari lahirku.Hari lahirku dua minggu lagi.Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati.Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang.Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku.Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak.Awak buka setiap hari satu sahaja.Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja.Tapi,bila awak baca setiap hari,anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak.Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya.Happy Birthday sayang…”
Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan ku ambil satu bintang.Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,“Love is like a poisonous mushroom.You don’t know if it is the real thing until it is too late..”Aku tersenyum sendiri.Aku buka lagi bintang yang seterusnya.Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu.Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas.Demi Allah,sepanjang aku bergelar lelaki dewasa,inilah pertama kali aku menangis semahunya.Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca.Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.
Aku melawatnya di hospital.Walaupun mukanya penuh calar,bibirnya pucat dan kepalanya berbalut,dia tetap cantik di mata aku.Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli.Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik.Dia sekadar menurut.Demi menjaga hati aku.Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu.Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya.Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ke telinganya,“Sayang..saya datang…Cepatlah sedar.Saya rindukan awak.Saya banyak bersalah pada awak.Saya minta maaf,”pertama kali aku minta maaf darinya.Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu.Aku panik.
“Hei,apa yang kau dah buat pada dia?Tak cukup kau sakiti kawan aku?”jerkahan kawannya mengejutkan aku.Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh,cepat sedar.Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya.Bukan aku tidak redha dengan ketentuan,aku sedar aku masih perlukan dia.Aku sayangkan dia.Genap dua minggu,aku mendapat berita dia sudah sedar.Aku bersyukur.Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku.Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa.Aku mahu melawat dia.Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan.Namun kerana terlalu gelojoh,aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia.Ah,semuanya akan aku uruskan nanti.Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku.Di atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku,Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku.Aku senyum sendiri.Bahagianya aku.
“Abang bertuah.Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa pasal bola.Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka.Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise.Dia cakap.
Dia nak makan kek ni dengan abang.Kakak tu cantik,baik pulak tu.Abang kirim salam pada akak ya?Abang jaga akak tu elok-elok,”ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku.Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil.Tiada sesiapa bersamanya.Dia sekadar termenung.Aku senyum padanya.Dia seakan terkejut melihat aku datang.Aku terfikir juga,boleh ke orang sakit makan kek?Tapi dia nak ke makan kek ni dengan aku?
“Sayang.. terima kasih kek ni.Saya happy sangat awak dah sedar.Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak.Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya.Saya suapkan ya?”aku suakan sudu pada dia.Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga,dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai.Dia tak pernah kasar dengan aku.Dia selalu melayan aku dengan lembut.Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik.Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
“Baliklah.Saya makin sakit tengok awak.Bawa balik kek tu sekali.Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,”pantas dia menarik selimut menutup muka.Aku terkedu sendiri.Dia tak mahu pandang aku lagi.Hati dia dah tertutup untuk aku.Dia tak pernah macam ni..
Selang beberapa hari,aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong.Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya.Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaannya sudah stabil.Tapi yang membuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh.Dia lumpuh kerana aku!


Itu semua tiga tahun yang lalu.Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi.Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya.Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya.Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia.Ah,panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut,mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku.Dia?Aku pasti tu dia.Senyum dia masih sama.Tapi keadaan tidak lagi serupa.Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya.Dia mengandung.Maknanya dia sudah kahwin.Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia.Pasti itu suaminya.Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku.Air mataku rasa ingin mengalir.Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah.Itu aku tak nafikan.Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya.Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung.Dan aku sangat pasti,cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.
Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu.Botol itu sudah pecah,namun aku sudah ganti dengan yang baru.Yang sama tapi tak serupa.Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku.Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu,bentuknya tak lagi sama macam dulu.Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.


Pesanan buat semua lelaki,hargailah wanita yang menyayangi kamu.Jangan jadi macam aku.Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku.Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala.Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mengalah dengan setiap kemahuanku.Telinganya aku tak pernah nampak,terlindung,tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku.Hatinya sangat lembut,tapi aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.Akhirnya,aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain..


Friday, 23 March 2012

Do You Guys Know That

Swans Only Have One Partner For Their Whole Life & If Their Partner Dies They Could Pass Away From A Broken Heart..


Penguins Have Only One Mate In Their Entire Lifetime..



Comel Gilaaa Kan? :)

Monday, 19 March 2012

Untuk Jadi Kuat

Untuk Jadi Kuat,
Saya Tidak Perlukan Magic Stick Seperti Yang Dimiliki Oleh Sailormoon.

Untuk Jadi Kuat,
Saya Tidak Perlukan Kemahiran Mahupun Seni Mempertahankan Diri Seperti Yang Dimiliki Oleh Ultraman.

Untuk Jadi Kuat,
Saya Tidak Perlukan Biskut Tiger.

Untuk Jadi Kuat,
Saya Tidak Perlu Minum Milo.

Untuk Jadi Kuat,
Saya Cuma Perlu Jadi Seperti Spongebob Yang Sentiasa Ditemani Oleh Patrick.
Maknanya Saya Akan Menjadi Kuat Dengan Adanya Teman-Teman Saya Disisi.

Friday, 16 March 2012

Do You Guys Miss Being A Little Kid Again?

Adakalanya bila kita sedih,banyak perkara yg kita fikirkan.
Kadang2 kau bermonolog dalaman sendiri
"Kalaulah aku boleh putar masa kembali.Kalaulah aku boleh jadi kanak2 semula"


Lepas tu kau meluah perasaan dekat facebook dengan m'update status
"I wish I were a little kid again" Harharhar :D

Kita semua sudah melalui fasa itu dan sememangnya dunia kanak-kanak itu segalanya indah bukan? :')

Kadang2 sebab ada benda yang kau teringin merasa semula perasaan itu sewaktu zaman kau kanak-kanak.

Yang ini.Aku rindu bermain gan 'paper doll'..Time cikgu mengajar d depan,aku dan bestfrend bermain benda ni.
Siap bg nama paper doll ni,nama bukan main glamer lg Sarah,Irine,Tasha..Bla bla bla..Lupa nama oke :)
Lepas tu kahwinkan dia dengan 'lelaki'..Lelaki tu siapa tau?
Sebatang pensil -_-'


Rindu bermain getah jg.
Sambil kau melompat,dua orang kwn yg pegang getah tu nyanyi2..
"♫ Mina moni black n see..See menjadi kopian kopi ABCDEF...Bla bla bla..Cik Saminah (nama telah diubahsuai) balik kampung..Mengandung..Anaknya udang..Lalalala "
Terlompat2..Bila ingat balik,sumpah rasa mau hantukkan kepala d dinding skg ni.


And this,
I miss when homework was only the connected dots.
Yang ini bukan cam kerja kursus,tulis2 nota yg kita kena bt d sekolah menengah..
Kau cuma perlu sambungkan titik-titik dot itu,lepas tu kau warnakan dia sehingga ia berubah menjadi seekor itik yang cantik.
Senang hidup menjadi seorang kanak-kanak kan?


Ni pula antara makanan ringan yg slalu jd pilihan d dlm carta hati ku..Hehe..Tanya diri kamu,dulu2 tkkn kmu beli KFC pula kan..Mesti beli yg ni bap dulu2 bekal pg sekolah Rm2 plg besar da bg aku..


Teringat pula tagline 'Tora Datang Lagi'



Walau apa pun yg terjadi,hidup perlu diteruskan.Pedulikan segala perasaan yg tidak enak..
The memories and feelings are there and yet somehow you can't never be a little kid again.Jgn merintih2 lagi..Berhenti bersedih..

Jangan sesali apa yg sudah berlaku..
Don't be held back by the past..Let it go and learn from it :')
The old cliché says "Sometimes we must get hurt in order to grow"
Whenever you are feeling depressed,pray harder to Allah.He listen even the very silent prayer of a sincere heart :)

Thursday, 15 March 2012

My Blog Songs :')

(1) Kerna Ku Cinta Kau - BCL
(2) Bawalah Cinta Ku - Afgan
(3) One In Million - Ne Yo
(4) Sedetik Lebih - Anuar Zain
(5) Broken Angel - Arash Feat Helena
(6) Big Girls Dont Cry - Fergie
(7) Superhuman - Chris Brown Feat Keri Hilson
(8) Tentang Rasa - Astrid
(9) Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar

Wednesday, 14 March 2012

Jenis-Jenis Fobia

Takut Air – Hydrophobia
Takut Angin – Ancraophobia
Takut Angka – Arithmophobia

Takut Angka 13 - Triskaidekaphobia
Takut Angka 8 – Octophobia
Takut Anjing – Cynophobia

Takut Anjing Laut – Lutraphobia
Takut Api – Arsonphobia
Takut Awan – Nephophobia

Takut Ayam – Alektorophobia
Takut Badut – Coulrophobia
Takut Bahan Kimia - Chemophobia

Takut Bangunan Tinggi – Batophobia
Takut Bercinta – Sarmassophobia
Takut Binatang – Zoophobia

Takut Bintang Berekor – Cometophobia
Takut Boneka – Pediophobia
Takut Botak – Phalacrophobia

Takut Buang Air Besar – Rhypophobia
Takut Buku – Bibliophobia
Takut Bulan – Selenophobia

Takut Bulu Ayam – Pteronophobia
Takut Bunga – Anthophobia
Takut Burung – Ornithophobia

Takut Cabut Gigi – Odontophobia
Takut Cacing – Helminthophobia
Takut Cermin – Catoptrophobia

Takut Darah – Hemaphobia
Takut Berada Di Dalam Rumah – Oikophobia
Takut Di Ejek – Katagelophobia

Takut Dipandang – Opthalmophobia
Takut Diabaikan – Athazagoraphobia
Takut Dibenci – Melophobia

Takut Disentuh – Aphenphosmphobia
Takut Disuntik – Trypanophobia
Takut Ditertawakan – Catagelophobia

Takut Ditinggal Sendiri – Eremophobia
Takut Doktor Gigi – Dentophobia
Takut Gelap – Achluophobia

Takut Guntur – Ceraunophobia
Takut Hujan – Pluviophobia
Takut Hutan – Hylophobia

Takut Jatuh Cinta – Philophobia
Takut Katak – Ranidaphobia
Takut Ke Sekolah – Didaskaleinophobia

Takut Kegelapan – Myctophobia
Takut Ketinggian – Hypsiphobia
Takut Kilat – Brontophobia

Takut Kotoran – Myxophobia
Takut Kucing – Ailurophobia
Takut Kulit Binatang – Doraphobia

Takut Panas – Thermophobia
Takut Petir – Astrapophobia
Takut Rambut – Chaetophobia

Takut Ruangan Kosong – Kenophobia
Takut Semut – Myrmecophobia
Takut Sendirian – Autophobia

Takut Sesuatu Yang Besar – Megalophobia
Takut Sesuatu Yang Kecil – Microphobia
Takut Simbol – Symbolophobia

Takut Sungai – Potamophobia
Takut Tali – Cnidophobia
Takut Tambah Berat – Obesophobia

Takut Tangga – Climacophobia
Takut Tempat Sempit – Stenophobia
Takut Terkunci – Cleisiophobia

Takut Tidak Sempurna – Atelophobia
Takut Tidur – Somniphobia
Takut Ular – Snakephobia

Takut Wanita – Gynephobia
Takut Wanita Cantik – Caligynephobia
Takut Warna - Chromatophobia

Takut Warna Hitam – Melanophobia
Takut Warna Kuning – Xanthophobia
Takut Warna Putih – Leukophobia
Takut Warna Ungu – Porphyrophobia

euww

untuk pengetahuan kalian mana-mana yang saya highlight dengan warna merah itu sebenarnya adalah antara jenis fobia yang ada dalam diri saya..
Apa pula jenis FOBIA anda?

Source : Google

Tuesday, 13 March 2012

Senyuman :)

comot,susah dan miskin tetapi senyuman tetap terukir :)

SMILE,
dont frown,
dont look down,
look up,
believe in yourself,
dont let yourself go,
just be who you are,
and let your live flow

Kerana Wanita Ingin Dimengerti

"Ustaz,kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab.Ada orang kata syaitan yang ganggu..
Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih?
Kadang² bila bangun pagi rasa sedih..kadang² rasa macam rindu..
Tapi tak tau rindu pada siapa?"


Jawapan Dari Ustaz Azhar Idrus : 

"PERKARA BIASA.HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS.
HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR.."

Thank You Allah


Dear Allah,

I thanked You for giving me the chance to live every single day.
I love how You can read my heart and know what is hidden in it from the world.
I love how You make fall and catch me before I crash.
I love how You give me strength.
I love how You give me patience.
I love how You help me.
I love how You teach me.
I love talking to You.
And I love how You love me unconditionally.
I don't deserved to be loved.
But still You do love me.
And that's what I love the most..

Thank you Allah :)

Monday, 12 March 2012

Cinta Itu Subjektif

Cinta itu apabila seorang isteri mengetip kuku suaminya,
Cinta itu apabila seorang ibu memasak makanan kegemaran anak-anaknya,

Cinta itu ialah apabila seorang nenek setia menemani datuk yang terlantar sakit di katil hospital,
Cinta itu ialah apabila seorang abang sentiasa melindungi adik perempuannya,

Cinta itu ialah apabila kita punya rasa simpati dan empati terhadap binatang yang terbiar tanpa tuan,

Cinta itu ialah apabila kita tidak kisah bersusah payah demi orang yang kita sayang,

Cinta itu ialah apabila kita lebih mengutamakan kegembiraan orang sekeliling kita berbanding kegembiraan diri kita,
Cinta itu ialah apabila sepasang orang tua yang masih setia dan menghabiskan hari-hari terakhir bersama,

Cinta itu ialah apabila hati kita turut bahagia dapat melihat senyuman insan-insan yang kita sayangi,
Cinta itu ialah apabila kita redha melepaskan sesuatu hubungan yang kita sayang kerana kita sedar hubungan itu jauh daripada keberkatan Allah S.W.T


I'd Like To Spend The Rest Of My Life With You & Grow Old Together With You :')
.

Tipu Sungguh Andai Ku Bilang Hati Ini Kuat Dan Tenang Menghadapi Segalanya

Buat Org Tua Ku


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu...

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung,serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbal Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita.Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.Kerana kita menghisap darahnya,tenaganya,airmatanya,keringatnya..Istighfarlah,Istighfarlah..Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.Atau kata-katanya sering mengguris hatinya,atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.Percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya didahulukan di dunia ini.

Mak..Bah..Ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Source : Halaqah.Net

Sunday, 11 March 2012

Kenali Wanita

Tanah - Anak Pertama..Kelima..Kesembilan..
Air - Anak Kedua..K
eenam..Kesepuluh..
Api - Anak Ketiga..Ketujuh..Kesebelas..
Angin - Anak Keempat..Kelapan..Keduabelas..

WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,hormat dan patuh,setia serta rela berkorban.
2) Tida
k cerewet,tidak tinggi diri,tidak sombong dan bukan seorg pemarah.
3) Tenang diri,aman dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis,lemah lembut,bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas,cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.


Sekadar Gambar Hiasan

Thursday, 8 March 2012

Sweets

Pictures From Tumblr..

I Just Turned One Year Older & I'm Craving For Something Sweet
Ouch I Could Really Use Some Sweetness In My Life :)

Monday, 5 March 2012

Afgan Bawalah Cintaku