Monday 12 March 2012

Cinta Itu Subjektif

Cinta itu apabila seorang isteri mengetip kuku suaminya,
Cinta itu apabila seorang ibu memasak makanan kegemaran anak-anaknya,

Cinta itu ialah apabila seorang nenek setia menemani datuk yang terlantar sakit di katil hospital,
Cinta itu ialah apabila seorang abang sentiasa melindungi adik perempuannya,

Cinta itu ialah apabila kita punya rasa simpati dan empati terhadap binatang yang terbiar tanpa tuan,

Cinta itu ialah apabila kita tidak kisah bersusah payah demi orang yang kita sayang,

Cinta itu ialah apabila kita lebih mengutamakan kegembiraan orang sekeliling kita berbanding kegembiraan diri kita,
Cinta itu ialah apabila sepasang orang tua yang masih setia dan menghabiskan hari-hari terakhir bersama,

Cinta itu ialah apabila hati kita turut bahagia dapat melihat senyuman insan-insan yang kita sayangi,
Cinta itu ialah apabila kita redha melepaskan sesuatu hubungan yang kita sayang kerana kita sedar hubungan itu jauh daripada keberkatan Allah S.W.T


I'd Like To Spend The Rest Of My Life With You & Grow Old Together With You :')
.

No comments:

Post a Comment